Wednesday 1 January 2014

Leila selia 1,600 usahawan Avon

BERMULA dengan membantu ibunya menjual barangan kecantikan Avon ketika masih bersekolah, Leila Balkhis Baharuddin, 29, kini berjaya mencipta nama menerusi program Avon Sales Leadership Framework (ASLF).
Senior Executive Sales Leader (SESL) Bahagian Central itu bergelar Sales Leader pada usia yang sangat muda dalam sejarah Avon.
Menurut Leila, Avon bukanlah sesuatu yang baharu baginya malah beliau membesar hasil daripada jualan barangan Avon oleh ibunya, Marsitah Basiron, 57.
“Saya membantu ibu menjaga butik francais Avon di Klang, Selangor sewaktu pulang dari sekolah. Dari situ, saya mula belajar cara untuk melayan pelanggan.
“Saya juga kerap mengikut ibu menghadiri sesi taklimat berkaitan produk Avon,” ujarnya semasa ditemui di Butik Avon Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Malangnya, butik francais ibunya itu terpaksa ditutup atas sebab tertentu. “Siapa yang tidak sedih melihat apa yang diusahakan ibu selama ini berkubur begitu sahaja.
“Namun, saya menganggap keadaan itu sebagai satu cabaran untuk berjaya pada masa akan datang,” katanya.
Leila bergerak aktif dalam Avon pada tahun 2010 bahkan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa. “Azam pertama saya ialah untuk bangkit semula dalam perniagaan Avon dan menjadi antara Sales Leader yang mencatat jualan tertinggi,” beritahu beliau.
Sebelum menyertai Avon, Leila bekerja dengan sebuah syarikat insurans selama enam tahun.
“Setelah mengetahui Avon ada mewujudkan konsep pemasaran berbilang peringkat (MLM), saya berminat untuk menyertainya kerana merasakan produk yang ditawarkan berbeza berbanding syarikat MLM yang lain,” tuturnya.
Berbekalkan sedikit pengetahuan dalam bidang jaringan perhubungan, Leila mengorak langkah untuk memberi peluang kepada individu lain yang ingin berjaya selain membantu mereka menambah pendapatan.
Tambahnya, setakat ini beliau mempunyai kira-kira 1,600 usahawan Avon di sekitar Lembah Klang yang berada di bawah kendaliannya.
Terbaik
“Sebagai upline, misi saya kini adalah untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam perniagaan selain membantu mereka mencapai impian.
“Keadaannya sangat berbeza antara bergerak dalam kumpulan dan menjalankan perniagaan seorang diri.
“Dengan berkumpulan, saya dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada downline yang ada di bawah saya untuk menjadi wakil jualan terbaik Avon,” jelasnya lagi.
Katanya, setiap minggu beliau akan mengadakan perjumpaan bersama downline untuk memberi latihan dan berkongsi pengetahuan mengenai sesuatu produk.
Beliau juga sering menitikberatkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada peserta downline. Ini kerana di samping menjana pendapatan, mereka juga boleh melakukan kerja amal melalui program CSR yang Avon sertai.
“Setakat ini, kira-kira 10 peratus downline saya terdiri daripada kaum lelaki dan selebihnya adalah wanita. Kebanyakan mereka adalah suri rumah dan pelajar. Ada juga yang terlibat secara separuh masa,” tambahnya.
Leila dinobatkan sebagai penerima beberapa anugerah iaitu The New Rising Star atas prestasi cemerlang sebagai wakil Avon baharu, SESL 2011 dan Senior Unit Manager 2011.
Selain itu, beliau turut mengungguli tempat pertama bagi kategori penaja terbaik bagi anugerah Sales Leader Terbaik Daerah 2011.
Menyentuh mengenai kerjayanya sekarang, Leila memberitahu, setiap pekerjaan ada cabaran yang berbeza.
Menurutnya, selain sukar meyakinkan pelanggan, faktor masa turut menjadi satu cabaran kepada beliau.
“Seperti yang kita sedia maklum, apa sahaja perniagaan pasti mempunyai halangan yang mesti ditempuh. Dalam keadaan seperti itu, kita perlu bijak untuk memenangi hati pelanggan.
“Masa juga memainkan peranan. Bagi downline yang mempunyai keluarga, saya pasti mengambil kira pendapat daripada pasangan mereka,” katanya.
Ujarnya lagi, dengan cara itu beliau dapat mengetahui sama ada pasangan downline bekerjasama atau tidak kerana perniagaan berkonsepkan MLM memerlukan kerja berpasukan.
Leila kini dalam usaha untuk membangunkan lebih ramai Sales Leader di Lembah Klang
“Misi untuk lima tahun akan datang ialah saya berharap dapat membangunkan lebih ramai downline yang berjaya. Saya mahu mengubah mentaliti sesetengah orang yang beranggapan produk Avon adalah sama dengan produk lain yang ada di pasaran,” ungkap Leila.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz2pElBTYof 
 

No comments:

Post a Comment