Wednesday 29 January 2014

Anugerah suntik semangat untuk Nora Hashim



BERKAT kegigihan ditambah dengan kemahuan tinggi untuk mengubah hidup seluruh keluarga keluar dari kepompong kemiskinan, Nora Hashim, 43, kini boleh berbangga apabila dinobatkan sebagai Sales Leader No 1 Negara dalam Anugerah Avon 2010 yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.

Bagi anak kelahiran Johor Bahru ini tiada yang lebih indah daripada melihat usaha keras yang dilakukan selama ini akhirnya membuahkan hasil yang lumayan dan diiktiraf pula oleh pelbagai pihak. "Dari kecil lagi saya memang minat berniaga dan mencari wang sendiri kerana saya datang daripada keluarga yang susah. Saya tidak mahu melihat anak-anak saya juga melalui keperitan hidup yang saya alami," kata ibu kepada lima cahaya mata itu.

Asalnya suri rumah, Nora melahirkan penghargaan kepada suami, Abdul Gani Hadzri yang menjadi pendorong utama untuknya berjinak dengan Avon. Kini, pendapatan beliau menjangkau RM25,000 sebulan dan sudah berpeluang melawat pelbagai negara antaranya Perth, Australia, Hollywood dan Los Angeles, Amerika Syarikat, hasil usahanya selama ini.

Kejayaannya itu juga mendorong dua anaknya, Mohd Purqan, 21, dan Nurul Syafiqa, 19, untuk turut terbabit dengan Avon dan masing-masing kini di peringkat Ketua Eksekutif Jualan dan Pengarah Unit.

"Kedua-dua anak saya memang berminat dengan bidang ini dan sebagai ibu saya menggalakkan mereka kerana ia memberikan masa depan yang cerah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Avon 2010.
Pada majlis itu, Nora menerima Trofi Sales Leader Avon, tiara, set barang kemas bernilai RM1,000, wang tunai RM2,000, hamper barangan Avon dan plak pengiktirafan.

Anugerah disampaikan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Hadir sama, Presiden Avon Malaysia, Thailand & Vietman, Mansoor Wan Abdullah serta lebih 500 wakil jualan produk berkenaan.

Anugerah Sales Leader No 2 dan No 3 disandang oleh Salmah Abdullah dan Juddy AK Tambol dengan masing-masing menerima set barang kemas, wang tunai, hamper Avon dan plak pengiktirafan.

Sementara itu, Annie Cheng Hwa Ping sekali lagi diiktiraf sebagai Wakil Avon No 1 Negara untuk dua tahun berturut-turut.

Pengalaman jatuh bangun dalam menguruskan perniagaan runcit dan kek, membarakan semangat anak kelahiran Ranau, Sabah itu untuk mengekalkan anugerah berkenaan.

Beliau yang mula menyertai Avon pada 2006 selepas melihat program insentif Avon berbanding syarikat jualan langsung lain yang amat berbeza dan berjaya memotivasikan setiap orang.

Ibu kepada tiga anak itu menjelaskan, perniagaan Avon tidak memberikan tekanan kepada beliau kerana produknya mudah dijual dengan harga berpatutan dan dipercayai ramai wanita sejak dulu lagi.

Tambahnya lagi, dengan pendapatan tanpa had, insentif hebat, penyediaan kemudahan kredit, sokongan padu Pengurus Zon dan pengurusan Avon, membuatkan perniagaanya sungguh menguntungkan.

Annie menerima Trofi Golden Circle Avon, tiara, set barang kemas bernilai RM1,000, wang tunai RM2,000, hamper barangan Avon dan plak pengiktirafan.

Anugerah Wakil Avon No 2 dan No 3 masing-masing dimiliki Zaliha Mahmood dan Zainun Tahir. Mereka turut membawa pulang set barang kemas, wang tunai, hamper Avon dan plak pengiktirafan.

Read more http://www.harum.com.my/female.php?id=62

No comments:

Post a Comment