Thursday 23 January 2014

Lau Kong Ung Pecah Tradisi


Tahun 2013 melakar sejarah indah bagi Lau Kong Ung apabila bukan saja pertama kali mendapat tempat pertama kategori Pemimpin Jualan tetapi kemenangan itu turut mencatat sebagai adiwira AVON pertama muncul sebagai pemenang.

 Jualan diraih, melebihi RM2 juta dicatat, pada tahun lalu melayakkan anak kelahiran Sibu, Sarawak mengalahkan pesaing lain.

Menyingkap resipinya sebagai pemenang, beliau yang juga Eksekutif Kanan Pemimpin Jualan, berkata, mengumpul jualan setinggi itu berhadapan cabaran besar antaranya ‘kehilangan’ downline pada peringkat pemimpin, membuatkan jualan menjadi perlahan untuk tempoh empat bulan pertama.  

Bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat Lau, gigih berusaha mengatasi masalah sehingga jualan kembali mengikut rentak, malah lebih baik daripada bulan sebelumnya.

“Pelan pemasaran AVON membuka peluang merekrut downline sehingga ke tiga generasi ini amat berkesan. Kumpulan saya yang terdiri dari 2,564 orang downline inilah ‘menggerakkan’ kejayaan ini.

“Apabila upline tidak bergerak, jangan menunggu sebaliknya, bangunkan downline dari generasi kedua dan ketiga. Sedarkan downline betapa pendapatan dan ganjaran cukup lumayan di setiap kempen,” katanya. 

Janji rajin
Tanpa berselindung, Lau berkata, pelan pemasaran AVON cukup mudah, janji anda rajin dan kenal pasti downline yang berpotensi, buat perancangan, latih serta bantu mereka sehingga mampu mencapai status Eksekutif Kanan Pemimpin Jualan. 

“Wakil jualan perlu memahami pelan pemasaran dan tidak memberi tumpuan pada satu generasi semata-mata. Ia penting supaya mereka tahu bagaimana membuat duplikasi. Maklumkan juga pada downline mengenai sasaran jualan dan matlamat yang jelas untuk tahun ini. Sentiasa berkongsi maklumat dan didik mereka bagaimana mencapai matlamat itu, sekali gus meningkatkan keupayaan diri dan meraih bahagia.

 “Selepas memahami asas pelan pemasaran, teruslah berusaha gigih melantik ramai lagi downline. Rata-rata downline baru dilantik mempunyai impian untuk berjaya. Merealisasikan impian itu, ajar mereka dan beri galakan berupa hadiah,” katanya.  Pada masa sama, katanya, pastikan perancangan dilakukan bersama dengan downline. Lebih praktikal jika ketua bertemu secara langsung dengan downline.

“Berbincanglah dengan mereka bagaimana mahu mencapai matlamat ditetapkan. Sekiranya selepas beberapa bulan, perancangan tidak mencapai sasaran, segera ubah pelan tindakan sehingga matlamat dicapai.

“Tidak mengapa mengubah rancangan, tetapi jangan sesekali mengubah matlamat. Wakil jualan juga perlu fokus dengan apa yang sudah dirancang dan memantau perkembangan sasarannya dari semasa ke semasa,” katanya.  

Faktor gagal
Faktor yang mungkin menyebabkan kumpulan gagal mencapai sasaran, Lau optimis mengatakan beliau melihat rata-rata wakil jualan mengambil mudah maklumat mereka peroleh.  

Tidak belajar mengenai produk, tidak tahu program bermanfaat ditawarkan syarikat dan tidak mengendahkan risalah baru keluaran syarikat antara punca gagal.

“Jika mahu mencapai sasaran jualan yang membolehkan mereka meraih tiket percutian ke luar negara, pendapatan berganda atau ganjaran yang lumayan, apakah langkah yang perlu dilakukan.  

“Jika ada downline saya hadapi masalah ini, saya bantu mereka. Ada juga wakil jualan tidak tahu guna komputer. Saya turun padang dan bantu mereka merancang dan menjual produk dalam setiap kempen,” katanya.  

Lau sebenarnya gembira apabila ramai downline, sebelum ini tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara, berjaya menikmati percutian lebih tiga kali setahun menerusi Program Persada Dunia.  

Insentif percutian dan peluang menambah pendapatan ini memberi perangsang kepada mereka untuk lebih cemerlang di masa akan datang.   

Jangan penting diri  

Katanya, produk baru seperti Avon Life merangkumi produk kesihatan minuman kolagen, Avon Life Marine Fish Peptide dan Avon Life Peptide Grapeseed & Rose serta Avon MasterCook melonjakkan lagi jualannya untuk tahun 2012.  

Read more at http://www.bharian.com.my/articles/2013040722082020130407220820/Article/
Kelebihan produk baru ini perlu dikongsi bersama downline. Perkongsian maklumat membolehkan khabar mengenai produk sampai dengan jelas kepada pelanggan sekali gus meyakinkan mereka untuk membeli.  Mengenai harapan tahun ini, Lau menetapkan sasaran melahirkan gandaan dua pemimpin Eksekutif Kanan Pemimpin Jualan.  

“Strategi seumpama itu mampu menghasilkan kecemerlangan luar biasa untuk tempoh lima tahun akan datang. 

Tanpa disedari oleh wakil jualan, membangunkan Eksekutif Kanan Pemimpin Jualan, tidak sesukar yang dibayangkan.  

Bapa kepada tiga orang anak itu, unggul menerajui organisasi dengan lebih 2,564 downline termasuk berjaya membangunkan tiga Ketua Eksekutif Kanan Jualan, sekali gus melayakkan beliau menikmati Program Elaun Kereta Avon. 

No comments:

Post a Comment