Sunday 22 December 2013

Kemerdekaan mengajar erti berdikari - Leila Balkhis


 Leila Balkhis
Senor Executive Sales Leader, D104

Sejak menjadi Sales Leader Ampang, Kuala Lumpur pada 2010, pencapaian Puan Leila hingga setakat ini telah meningkat dan berkembang hingga ke kawasan Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam dan Kelang.

Berdikari & Jatidiri
“Kemerdekaan mengajar erti berdikari dan jatidiri. Hidup tidak boleh berminta-minta. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan saya memilih Avon untuk cermelang, jelas Pemenang Anugerah Pearl of Asia 2013.Di Avon, kemerdekaan menjana kejayaan dan nikmatinya dirasai oleh seluruh warga downline hinggalah ke Leader. Inilah uniknya perniagaan Avon.
 
Bangga Diri
Di antara pencapaian menbanggakan beliau ialah Sales Leader Terbaik Daerah pada setiap tahun, pemenang Konvensyen Antarabangsa Phuket dan Chengmai, Thailand di samping Persada Dunia 1 , New Zealand pada awal tahun ini.
 
 Namun pencapaian memenangi Anugerah Pearl of Asia adalah anugerah paling berharga bagi beliau. Menurut beliau, “Cabaran Pearl of Asia benar-benar mencabar saya dan downline. Sepanjang empat suku tahun, kami berkerja keras memastikan Sales Leader baru dibangunkan pada setiap kempen.
 
Mesti Dilakukan
“Juga meningkatkan tip-tip jualan kepada downline berpotensi, mengadakan perjumpaan secara berkumpulan dan individu membuat perlantikan pada setiap kempen.” kata beliau bagi menjamin kemenangan.
 
Cabaran datang bersama halangan. Di antaranya, komitmen masa kepada downline yang membuat Sales Leadership secara separuh masa dan persaingan dengan syarikat jualan langsung yang sedia ada.
 
 Untuk mencapai matlamat 2013, beliau bertekad untuk melahirkan ramai Sales Leader dan Ahli Golden Circle baru berbanding tahun 2012 serta membina satu skuad kumpulan untuk mengajak ramai orang ‘Join Avon’ dengan misi tersendiri.
 
Bersama Berjaya
 Kepada Sales Leader baru dan yang sedang meningkat, beliau menyaran mereka supaya meluangkan masa bersama downline di sesi latihan sama ada yang dikendalikan oleh Upline, Zone Manager atua Butik.
 
Ini adalah kerana, “… untuk memantapkan ilmu barangan dan kemahiran jualan secara sistematik bagi membina seorang Leader yang berpengetahuan dan tahu selok-belok pengurusan,” jelas beliau.
 
Untuk mengekalkan status, Sales Leader mestilah meningkatkan usaha. Selain daripada meluaskan jualan dan menambah bilangan downline, Sales Leader tersebut mestilah aktif mengadakan Home Party dan Demo di rumah dan tempat pameran seperti kolej, institusi, persatuan dan sebagainya
 
 
Top 10 Negara
Sempena Hari Kemerdekaan ini beliau telah pun menanam tekad untuk muncul sebagai 10 Sales Leader Terbaik Negara 2014.

“Kemerdekaan adalah satu kemenangan setelah berjuang bermati-matian dan untuk menjadi Sales Leader Terbaik Negara ia menuntut usaha yang sehebat itu dari saya” kata beliau.

No comments:

Post a Comment