Monday 20 January 2014

Faudzelina Yusuf Ibu enam anak, unggul bersama Avon

Saban tahun Avon Malaysia meraikan kedatangan Hari Ibu dengan acara penuh makna. Menyanjungi ibu memberi erti yang besar dalam menghargai pengorbanan dan susah senang seorang ibu membesarkan anak-anaknya. Ibu anggun, Faudzelina Yusuf, 46 sentiasa bertungkus lumus mendidik enam orang anaknya sendirian.
Istimewanya, anak-anak tidak menghalang cita-citanya untuk berjaya malah mereka menjadi pembakar semangat sehingga dirinya cemerlang meraih kedudukan Top Ten Negara untuk tahun lalu di Avon. Pastinya, tahun ini kejayaan itu akan diulanginya. Bagaimana Faudzelina melakukannya? Faudzelina berkongsi rahsia kejayaan diri cemerlang perniagaan Avon sekaligus gemilang menjadi ibu tunggal kepada enam orang anaknya.
Dua tahun bersama Avon beliau telah menduduki carta Top Ten Negara. Cabaran dalam setiap kempen, membakar semangat untuknya mencabar diri sendiri. Tidak lagi mahu memikirkan kisah lampau, hanya kejayaan matlamatnya kini.
“Pernah terfikir untuk ‘surrender’, terkenangkan anak saya bangkit atur strategi jualan. Selepas menggali kekuatan diri, saya gunakan kaedah memberi tumpuan kepada orang awam. Senarai kenalan ditangan saya pergunakan untuk mendapatkan tempat atau tapak jualan di organisasi mereka.
“Sasaran saya pusat pengajian tinggi, pusat-pusat membeli belah, bank-bank malah mengadakan ‘homeparty’ di kawasan kediaman Pokok Sena, Kedah. Jangan ada sikap tamak jika mahu berjaya. Sebab itu, saya bawa sekali grup perniagaan Avon yang lain untuk membuka tapak jualan bersama-sama. Perlu ada sikap saling tolong menolong.
Beliau percaya tidak kedekut membuatkan dirinya bahagia. Baginya setiap rezeki telah tuhan tetapkan untuk setiap orang. Selagi terus berusaha malah memberikan bantuan dengan ikhlas, rezeki itu akan datang dengan mencurah-curah.
“Itulah istimewanya Avon yang mementingkan semangat kerjasama baik di peringkat bawahan mahupun pengurusan. Buktinya Zon Manager dan Avon Puteri sering memberikan garis panduan. Dekati mereka dan jangan malu bertanya. Garis panduan itulah yang membolehkan perniagaan saya berkembang cemerlang.
“Di rumah, saya buat laporan perniagaan.. Mengkaji kehendak pelanggan amat saya titikberatkan. Dari laporan itulah saya tahu kehendak mereka. Contohnya, jika mahu berjualan di sekolah saya sudah tahu apakah produk kehendak mereka. Saiz pakaian dalam apakah yang perlu saya bawa, minyak wangi bagaimana yang mereka suka. Semua itu perlu diteliti sebaiknya. Ini kerana, pelanggan mahu mereka mudah membeli. Jangan sekali-kali menyusahkan pelanggan.
Hampir 24 jam Faudzelina bekerja tanpa henti.  Selagi pesanan pelanggan tidak diselesaikan, beliau tidak akan tidur. Semuanya demi anak-anak. Beliau juga berpegang pada prinsip mahu membuktikan pada masyarakat yang sering memandang ibu tunggal itu lemah dan tidak boleh berjaya. Itu hanya andaian mereka kerana di Avon, saya telah berjaya apabila dapat membesarkan anak-anak dan telah menjadi PCM (President Council Member)
“Anak-anak pembakar semangat saya. Pernah sewaktu selesai menghantar barang ke pedalaman, tayar kereta pancit. Saya jalan kaki ke luar minta bantuan. Sedang anak-anak menanti di rumah untuk saya menghantarnya ke sekolah. Itu semua cabaran yang indah.
Ikut perancangan yang ditetapkan juga antara rahsia kejayaannya. Laksanakan rancangan dan jangan berputus asa. Terus berusaha gigih sehingga matlamat yang dirancang tercapai. Fikirkan sesuatu di luar kotak fikiran untuk menghasilkan jualan yang tidak diduga.
“Anak-anak menghargai dan memahami kepayahan saya. Dengan sendiri, mereka rela hati membantu saya berjualan, ikut saya hantar produk, mencatit pesanan, memasukkan produk di dalam plastik dan menyusunnya dengan kemas.
Pesan Faudzelina : Untuk berjaya seorang ibu perlu bijak membahagikan masa antara perniagaan dengan anak-anak. Bagaimana mahu lakukannya? Sentiasalah berbincang dengan anak-anak tentang matlamat anda. Apabila anak-anak faham mereka dengan sendiri akan membantu, misalnya mengemas rumah mahupun membelikan makanan jika tidak sempat memasak untuk mereka.
“Jangan biarkan diri kosong tanpa ilmu pengetahuan. Ini penting untuk meyakinkan pelanggan. Gali ilmu perniagaan baik mengenai produk mahupun strategi jualan dengan Zon Manager. Sentiasa mesrakan diri dengan mereka. Pasti bantuan luar biasa akan diberikan. Pelanggan sedia ada jangan diabaikan. Hubungi mereka dan dekati mereka. Jika tidak berbual di talian gunakan juga khidmat pesanan ringkas. Insyaallah kejayaan menanti kita!”
Tentang Faudzelina
1.      Ibu kepada lima orang anak, Muhammad Izzuddin, 21, Muhammad Safwan, 17, Nurul Izzati 16, Nurul Julia Afifah, 13, Nurul Afiqah, 11 dan Muhammad Izzyamin, 6 tahun.
2.      Menghasilkan jualan kira-kira RM16 ribu ke RM28 ribu sebulan
3.      Menikmati ganjaran persada dunia ke New York, Phuket dan Umrah di Tanah Suci Makkah.
4.      ‘Killer produknya’ adalah Haruman AVON, AVON Intimates dan AVON Mastercook.
5.      Sasaran jualan: pelajar dan kakitangan universiti dan kawasan pedalaman.
6.      Saban tahun, anak-anak sediakan ‘surprise’ untuknya pada sambutan Hari Ibu. Debaran itulah membuatkan Faudzelina ternanti-nanti.
7.      Ibu dan adiknya juga berjualan Avon, warisan itu jatuh ke tangannya. Kini, anak sulungnya turut mewarisinya.
Tip cemerlang gaya Faudzelina
1.      Ibu perlu bijak membahagikan masa untuk menguruskan perniagaan dan anak-anak.
2.      Mengatur strategi yang baik dan mantap sesuai keupayaan diri.
3.      Sentiasa yakin diri.
4.      Tidak patah semangat: Pedulikan kata-kata orang. Buktikan ibu tunggal juga boleh berjaya.

No comments:

Post a Comment