APABILA pengasas Avon, David H. McConnell menubuhkan California
Perfume Company 123 tahun lalu tidak seorang pun termasuk beliau
menyangka kehebatan impak syarikat tersebut ke atas jutaan penduduk
dunia.
Sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung tertua di dunia khusus
untuk wanita, kini Avon berjaya membuktikan bahawa kejayaan tidak ada
hadnya dengan mengumpul seramai 5.5 juta rekrut dari lebih 100 negara.
Program merekrut berbayar Success Without Limits yang
dilaksanakan sejak bertahun-tahun pula mengiktiraf pencapaian cemerlang
setiap wakil Avon menerusi peningkatan kredit dan menaik taraf jawatan
dari wakil separuh masa sehingga tahap Ketua Unit Eksekutif Kanan.
Menurut Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah, sejak 33 tahun lalu, Avon membuka peluang pendapatan kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia.
Pinjaman kredit
"Mereka yang berminat tidak perlu mengeluarkan modal besar,
sebaliknya Avon akan menyediakan pinjaman kredit untuk menambah stok
barangan selain banyak kemudahan lain.
"Tahun lepas sahaja, kami membelanjakan sejumlah RM100 juta kepada
semua ahli kami dalam bentuk diskaun, komisen, bonus, kemudahan di
samping program latihan dan pembangunan," katanya pada pelancaran kempen
'Bersama Avon, Anda Boleh! - Pendapatan Pun Lebih di Pasar Raya Mydin,
USJ Subang baru-baru ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk
Ameer Ali Mydin dan Pengarah Jualan Avon Malaysia, Zakaria Daud.
Pada majlis itu juga dua wakil Avon yang terpilih sebagai ikon
berjaya iaitu Pengurus Kanan Unit, Salina Mokhtar dan Pengarah Unit, Nik
Rosnani Ibrahim.
Kedua-dua mereka merupakan wajah baru Avon yang telah mula dipaparkan
di media elektronik dan cetak mulai 1 Ogos lalu kerana mampu meraih
kejayaan sebagai wakil jualan dalam masa singkat.
Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang pameran bergerak itu seperti
khidmat nasihat penjagaan kulit, nasihat pembangunan perniagaan dan
promosi jualan menarik.
Sebanyak 11 lokasi pasar raya utama di seluruh negara termasuk Sabah
dan Sarawak dipilih bagi memberi peluang kepada orang ramai mendaftar
sebagai wakil Avon secara percuma.
Mereka hanya perlu membeli produk bernilai RM15 (RM17.50 Sabah dan
Sarawak) daripada katalog Avon dan secara automatik tersenarai sebagai
salah seorang ratusan ribu wakil Avon di Malaysia.
No comments:
Post a Comment