NORSAHIDA (kiri) bergambar dengan wakil-wakil Avon seluruh negara.
Bukan itu sahaja, pemilik nama Norsahida Mohd. Said, 32, itu turut membantu ibunya menjual Avon secara kecil-kecilan ketika zaman persekolahan.
Betapa sebatinya jenama Avon dalam dirinya, Norsahida yang kini menetap di Jengka, Pahang meneruskan minatnya berniaga produk Avon ketika meneruskan pengajiannya di Universiti Utara Malaysia.
“Sebaik sahaja tamat pengajian dalam jurusan Pengajian Perniagaan pada tahun 2002, saya terus melibatkan diri dengan Avon dan mula terlibat dengan serius pada tahun 2003.
“Tidak perlu melabur banyak. Modal permulaan hanya RM15 bagi melayakkan diri menjadi ahli dan kita akan menerima brosur serta katalog,” katanya yang merupakan salah seorang daripada 10 Sales Leader Terbaik Negara.
Tambahnya, tidak seperti syarikat atau produk lain yang bermula dengan modal permulaan ratusan ringgit, sesiapa sahaja boleh melibatkan diri dalam perniagaan Avon asalkan ada kemahuan.
Norsahida bukan sahaja menjual produk Avon malah, turut menggunakan sebahagian rangkaian produk Avon sejak di bangku sekolah lagi iaitu produk penjagaan kulit khusus untuk remaja iaitu Clear Skin sebagai produk pertamanya.
“Tidak perlu bersusah payah menjual produk Avon kerana jenamaya dan kualiti produknya sudah dikenali ramai. Dalam masa yang sama semua produknya mampu dimiliki daripada barangan budak sekolah hinggalah golongan dewasa.
“Suka saya untuk menggalakkan wanita mahupun lelaki di luar sana untuk menyertai Avon kerana ia mampu memberikan peluang pendapatan yang lumayan bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat kini,” katanya.
Norsahida yang banyak membuat jualan di Universiti Teknologi Mara, Jengka terutamanya untuk produk lelaki memberitahu jenama Avon sudah menjangkau usia 125 tahun di dunia dan 33 tahun jenama tersebut berkembang di Malaysia.
Ganjaran lumayan
NORSAHIDA mahu wanita terutama suri rumah meraih kejayaan sepertinya bersama Avon.
“Mungkin ramai yang tidak tahu betapa beruntungnya menjual barangan
Avon dan jika kita berusaha lebih kita akan dapat ganjaran yang lumayan.
“Saya sendiri semasa mula-mula menjual Avon, saya tiada apa-apa.
Tiada kereta dan tiada rumah apatah lagi hidup dalam kemewahan. Namun,
selepas beberapa tahun bersama Avon, impian saya memiliki rumah sendiri
dan kereta mewah Mercedes-Benz tercapai juga,” ujarnya yang kini hamil
anak ketiga.
Menurutnya, Avon banyak membantu daripada segi pemberian kredit.
“Sampai satu tahap, kita boleh menerima kredit tanpa cagaran dan
faedah. Avon cagarkan kepercayaannya untuk berikan kredit. Itu kelainan
Avon berbanding syarikat-syarikat lain.
“Bukan setakat pemberian kredit tanpa cagaran, malah dapat pula pergi
trip melancong ke luar negara yang tidak pernah diimpi-impikan sebelum
ini setiap tahun,” ceritanya yang mendapat sokongan penuh suaminya,
Imran@Burhan Mahmood, 39.
Antara lokasi yang pernah dilawati Norsahida ialah Shanghai, Busan,
London, Paris, Los Angeles dan New Zealand selain berpeluang menaiki
kapal mewah Royal Caribbean Cruise.
Pesannya, jika seseorang itu mahu berjaya, pertama sekali yang perlu
dilakukan adalah kaji terlebih dahulu syarikat yang mahu diceburi.
“Avon merupakan sebuah syarikat yang kukuh dengan peningkatan jualan
setiap tahun. Sejak berkecimpung dengan Avon, pelbagai anugerah diraih.
“Tanpa Avon, mungkin saya tidak mencapai apa yang saya miliki
sekarang ini. Bagi wanita di luar sana, marilah bersama-sama menyertai
perniagaan Avon kerana ia mampu mengubah nasib diri dan keluarga,”
katanya.
No comments:
Post a Comment