NORA (tiga dari kanan) diraikan dalam satu majlis bersama wakil-wakil Avon yang lain.
BELI
untuk pakai sendiri. Itulah permulaan seorang suri rumah, Nora Hashim,
43, terpaut dengan jenama Avon kira-kira enam tahun lalu. Waktu itu dia
sekadar menjadi ahli biasa untuk mendapatkan diskaun ketika membeli
barangan yang dijual seorang temannya.
Namun,
gara-gara rakannya berhenti menjadi wakil jualan, Nora bertindak nekad
untuk terus mendaftar sebagai wakil penjual Avon pada bulan Jun 2007.
Tambahan
pula, ketika itu suaminya, Abdul Gani Hadzri baru sahaja berhenti
kerja. Keadaan itu menyebabkan dia memasang niat menjual produk Avon
demi untuk menambah pendapatan keluarga.
Ternyata
niat murninya itu dimakbulkan Allah. Sehingga hujung tahun 2007, Nora
berjaya mencapai sasaran jualan bernilai RM94,000 sekali gus, memperoleh
satu tiket percutian ke Switzerland.
“Bagaimanapun,
saya mengambil keputusan menukar lokasi ke Perth, Australia kerana
dengan itu saya boleh membawa suami dan seorang anak bercuti ke sana.
“Alhamdulillah,
dalam tempoh enam bulan saya dapat membuktikan kesungguhan saya untuk
serius dalam perniagaan Avon kepada suami melalui kejayaan jualan yang
dicapai.” kata Nora dalam satu pertemuan bersama Kosmo! baru-baru ini.
Walaupun
pada awal penglibatannya, si suami tidak menunjukkan sokongan tetapi,
usaha gigih Nora akhirnya mendapat restu lelaki yang dicintai itu.
Menurut
Abdul Gani, 46, sepanjang berbelas tahun dia bekerja dalam perkhidmatan
kerajaan, tidak pernah sekali pun dia mampu membawa isteri dan
anak-anaknya bercuti ke luar negara.
Tetapi, melihat isterinya melakukan perkara tersebut dalam tempoh enam bulan, hatinya terasa begitu sebak dan pilu.
“Memang mula-mula apabila isteri memberitahu ingin menjadi wakil jualan Avon, saya hanya memandang sinis hasratnya.
“Namun
demikian, sebaik saya menjejakkan kaki ke hotel penginapan di Perth
saya terus berpaling kepada Nora dan berkata padanya bahawa, ‘no turning
back my dear’,” ujar Abdul Gani yang mengakui dia turut menangis ketika
itu.
Sejak
itu, pendapatan yang diperoleh daripada hasil jualan Avon yang stabil
dan terjamin membuatkan hati Nora puas. Tahun berikutnya, Nora menerima
insentif dua tiket percutian ke Rom, Itali selepas berjaya mencapai
jualan RM196,000.
Cuma,
atas beberapa alasan tertentu, Nora tidak mengambil tiket percutian
tersebut sebaliknya memilih menukarnya dengan wang tunai.
INSENTIF kereta Avon membolehkan Nora memiliki tiga buah kereta mewah.
Pada
bulan Januari 2009, Nora beralih menyertai program Avon Sales
Leadership. Kegigihan wanita itu untuk terus merubah kehidupan ke arah
yang lebih baik begitu membara.
Tambahan
pula, apabila melihat sendiri kejayaan downline menjadi Senior
Executive Sales Leader (SESL) menjadikan wanita kelahiran Johor Bahru,
Johor itu lebih bersemangat, aktif dan yakin.
Bermula
sebagai seorang suri rumah, Nora kini boleh berbangga dengan pencapaian
diri apabila bergelar Sales Leader No. 2 negara sepanjang tahun 2010.
Menurut
ibu kepada lima cahaya mata itu, Avon Sales Leadership bukan sahaja
memberi pendapatan stabil malah mampu mengeratkan hubungan bersama
kumpulan masing-masing.
“Ini sangat berbeza daripada kebanyakan perniagaan skim jualan langsung yang ada iaitu menekan downline untuk kejayaan upline.
“Malah,
melalui Sales Leadership ini, ia dapat melatih saya menjadi seorang
pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin hasil daripada sesi latihan
profesional yang dianjurkan Avon,” ujar Nora yang tidak ketinggalan
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang
sentiasa menyokongnya.
Kini,
soal kewangan bukan satu masalah besar buat Nora sekeluarga kerana dia
mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Sementara
itu, di bawah program elaun kereta pula, Nora berjaya memiliki tiga
buah mewah. Ternyata, bersama Avon Nora dan keluarganya dapat menjalani
hidup mewah walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi.
Pesanan
Nora bagi mereka yang berminat merebut peluang menambah pendapatan
bersama Avon adalah meletakkan impian di hadapan dan terus
mengusahakannya hingga berjaya.
Untuk peluang pendapatan bersama Avon, sila layari www.my.avon.com atau hubungi 1800-22-AVON (2866).
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2lhh7ARkY